PERBUATAN BIADAP ALVIN TAN SEMAKIN MELAMPAUI ,SANGAT SAMSENG DAN KURANG AJAR.

Perbuatan blogger lucah, Alvin Tan menghina pemimpin negara termasuk Perdana Menteri dengan kata-kata kesat dan memaki UMNO dalam laman sosial Facebook bukan sahaja biadab, bahkan semakin melampaui batas dan sangat kurang ajar.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan mengecam perbuatan itu berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap lelaki tersebut yang kini melarikan diri ke luar negara.

Sebelum ini Alvin dan pasangannya, Vivian Lee telah memalukan negara apabila merakamkan aksi seks mereka serta mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan.

“Saya menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan yang tegas terhadap lelaki yang kurang ajar ini. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu boleh memudaratkan rakyat.

alvin-tanOleh kerana tindakannya yang menghina pemimpin negara dan mengambil kira perbuatannya yang memalukan itu, malah melarikan diri ke luar negara, amat wajar sekiranya dia dibuang kerakyatan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam status terbarunya di laman sosial itu, Alvin telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin negara dan mengakui tidak gentar dengan Akta Hasutan yang dikenakan terhadapnya.

Alvin, 46, yang kini dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia mendakwa dia telah melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan politik.

Sebelum itu pada 12 Mei lalu mahkamah membenarkan pasport Alvin dan Vivian, 25, yang disimpan sebagai syarat jaminan diserahkan sementara kepada mereka berdua dari 18 Mei hingga 3 Jun lalu untuk mereka pergi ke Singapura bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari.

Namun hanya Vivian mengembalikan pasportnya kepada mahkamah pada 3 Jun lalu.

Alvin sebelum ini dikenakan waran tangkap setelah gagal menyerahkan semula pasportnya kepada mahkamah dan tidak hadir pada sebutan semula kes sebanyak dua kali iaitu pada 13 Jun dan 18 Julai lalu.

“Pihak berkuasa Malaysia boleh bekerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk menahan Alvin dan mengekstradisi lelaki berkenaan ke negara ini dan seterusnya dikenakan hukuman yang setimpal.

Kes melibatkan Alvin ini adalah satu pengajaran bahawa Akta Hasutan perlu dikekalkan bagi mengekang anasir-anasir yang boleh memecahkan perpaduan negara.

“Kita tidak mahu Rukun Negara ke lima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan diperlekehkan hanya kerana membiarkan lelaki seperti Alvin Tan ini terus berleluasa tanpa diambil sebarang tindakan,” ujarnya lagi…….KREDIT MEDIA UMNOalvin-tan

Leave a comment