TUDUHAN UMNO RASIS HANYA TAKTIK LAPUK ATAU ULANG TAYANG BAGI MENUTUP SIKAP RASIS DAP.

on

Dap sepatutnya sedar diri dan  menyuluh muka mereka sendiri sebelum menuduh UMNO rasis.  Apakah  bukti UMNO rasis sedangkan selama UMNO menjadi tunjang kerajaan Malaysia, kaum-kaum lain tidak pernah disekat dalam melakukan aktiviti-aktiviti mereka baik dari sudut beribadat, pendidikan mahupun penguasaan ekonomi.

Ternyata Dap selepas dua penggal memerintah Pulau Pinang misalnya pelbagai dasar atau polisi yang tidak adil telah dilaksanakan bukan sahaja pada sesuatu kaum malah kepada golongan kurang kemampuan  dan yang berpendapatan rendah dari sudut  permiagaan mahu pun memiliki rumah.

Demikian pandangan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ketika diminta tuduhan berterusan Dap terhadap UMNO kononnya UMNO sebuah parti yang rasis.

Tuduhan melulu ini sekali lagi dilemparkan Dap berikutan tindakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan meminta kementeriannya menyiasat dakwaan daripada seorang pembeli yang tidak mahu dikenali yang mengatakan wujudnya manipulasi harga oleh pemaju perumahan bukan bumiputera di Pulau Pinang.

Pembeli tersebut mendakwa, bumiputera perlu membayar kos yang jauh lebih tinggi berbanding bukan bumiputera hasil manipulasi harga oleh pemaju bukan bumiputera menyebabkan kaum tersebut sukar untuk memiliki rumah sendiri.

Datuk Zainal Abidin menyelar tuduhan rasis oleh Dap tidak lebih sekadar tuduhan basi yang seringkali diulang tayang untuk menutup sikap rasis mereka sendiri.

“Kita tidak pernah mengamalkan rasis. Walaupun ada hak keistimewaan bumiputera tetapi kita tidak pernah menafikan hak bangsa lain. Sebab itulah bangsa lain boleh menguasai ekonomi dan tuduhan Dap kononnya UMNO rasis ibarat tepuk air dalam dulang terpercik muka sendiri.

“Yang sebenarnya rasis adalah Dap. Telah banyak bukti yang menunjukkan mereka ini rasis. Sebab itulah 9,500 rumah mampu milik tidak diluluskan kerana mereka tahu, sekiranya diluluskan maka orang bumiputera akan mempunyai rumah di Pulau Pinang.

“Kerana rasis jugalah mereka menjual rumah dengan harga terlalu tinggi kerana mereka sedar bahawa bumiputera tidak akan mampu beli,” ujarnya lagi.

Tambah Zainal, tidak perlu pergi jauh cukup untuk menilai kedudukan kaum lain dalam parti Dap terutama orang Melayu.

Orang Melayu dalam parti Dap jelas beliau lagi hanyalah sekadar tempelan untuk memperlihatkan kononnya Dap parti pelbagai kaum sedangkan pada hakikatnya pemimpin atau ahli Dap berbangsa Melayu hanya “melukut di tepi gantang”.

“Ke mana akhirnya pergi pemimpin Melayu dalam Dap?… di mana Tunku Aziz, Zulkifli Mohd Noor, Razali Abdul Rahman dan lain-lain lagi.  Kenapa mereka keluar Dap?

“Jadi bagi saya tuduhan rasis ini hanyalah taktik basi Dap untuk menutup sikap sebenar mereka.  Anggaplah tuduhan Dap ini perti mereka meludah ke langit akhirnya terkena ke muka mereka sendiri”, ujarnya..images

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s