MACAM FILEM TAMIL.CAKAP PUNG-PANG ,PUNG -PANG,BERANINYA TIDAK

on

Untuk kesekian kalinya, kita mendengar cakap-cakap yang sangat berdegar-degar di kalangan pemimpin-pemimpin PAS ekoran penghinaan yang dilakukan oleh DAP dan PKR ke atas mereka. Bukan main lagi ancaman, ugutan mahupun kata dua yang dilemparkan oleh para pemimpin PAS, khususnya Nik Abduh mahupun Nasruddin Hassan Tantawi.

Sekali dengar, macam langit boleh terbelah dualah kalau dengar ancaman dan ugutan mereka.

wayang saja maaa

Hakikatnya, PAS tidak pernah ada keberanian untuk menentang PKR apatah lagi DAP. Sekali dijerkah Lim Guan Eng, kesemua pemimpin PAS akan kudung kepala dan masing-masing berjalan tunduk sambil menekup telur masing-masing.

Manakala kaum pecacai mereka yang begitu kuat menyokong apa-apa sahaja tindakan PAS, malahan sanggup pula memindahkan sikap pengecut mereka dengan mencerca UMNO, akan terus membisu dan selagi boleh, langsung tidak mahu memberikan sebarang ulasan tentang kelakuan DAP dan PKR ke atas PAS.

PAS memang pengecut dan tidak ada prinsip!

Walaupun mereka mengaku mereka adalah jemaah yang memperjuangkan Islam, tetapi hakikatnya, mereka menutup ketakutan dan sikap pengecut mereka di sebalik suara-suara retorik membabitkan dogma dan doktrin agama yang mereka sendiri tidak amalkan, tetapi mahu orang lain, terutama sekali dari kalangan UMNO-BN untuk patuh.

Mereka sentiasa menganggap, segala amalan mereka tidak perlu dijaga lagi kerana mereka adalah PAS. Sebagai ahli PAS, mereka sudah dijamin syurga dan segala tingkah laku mereka adalah Islam.

Mereka melaung-laungkan jihad dan cuba berlagak seolah-olah mereka tidak takut mati. Sedangkan hakikatnya, merekalah manusia paling pengecut, paling tidak berprinsip dan paling takut mempertahankan pendirian mereka sendiri. Sebaliknya, mereka mahukan UMNO mempertahankan mereka sedangkan mereka sendiri, berlagak seperti mandur yang hanya mengeluarkan arahan itu dan ini.

Dalam perkembangan terbaru, jelas benar ketakutan dan kebaculan PAS. Isu Menteri Besar Selangor yang masih belum selesai, meskipun Azmin Ali telah dilantik ke jawatan tersebut sebagai perancangan awal PKR dan DAP, menjadikan PAS tidak ubah seperti budak suruhan yang boleh ditunjal-tunjal dahi kerana bodoh, bebal dan bengong.

Dan tidak cukup dengan itu, DAP yang berkuasa penuh di Pulau Pinang, menunjukkan kepada PAS siapa mereka yang sebenarnya. PAS langsung tidak dihormati dan langsung tidak ada nilai-nilai harga diri dan maruah. DAP secara bersahaja memecat salah seorang pemimpin PAS daripada jawatankuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan segala peruntukannya dibekukan.

Alasan yang diberikan ialah, Bendahari PAS Pulau Pinang itu adalah seorang yang kuat tidur dan tidak fokus pada kerjanya walaupun sebenarnya pemecatan tersebut berpunca daripada kritikan Iszuree Ibrahim ke atas pentadbiran Lim Guan Eng yang enggan mendirikan rumah mampu milik di negeri berkenaan.

Di sebalik usaha Mat Sabu untuk mengurangkan kemarahan di kalangan ahli-ahli PAS terhadap DAP dengan melakukan pembohongan, kononnya Iszuree Ibrahim bukannya dipecat sebaliknya ‘dikeluarkan dari perkhidmatan’.

Hari ini Majlis Perbandaran Pulau Pinang mendesak Kerajaan Pulau Pinang mencampakkan terus Iszuree yang bagi mereka tidak berguna barang seduit pun. Iszuree atau pun mana-mana orang PAS, tidak diperlukan di Pulau Pinang. Mereka hanyalah anjing-anjing kurap yang ditugaskan untuk mengumpulkan sokongan orang Melayu-Islam kepada DAP semata-mata. Lebih daripada itu, tidak ada fungsi!

Nik Abduh cuba memberi amaran. Kononnya, PAS jangan dicabar kerana akhirnya PAS akan hilang sabar, sekaligus akan menyebabkan DAP rugi besar.

Sama ada serius atau sekadar mahu menutup malu, ugutan yang dibuat oleh Nik Abduh itu sebenarnya tidak lebih daripada salakan seekor anjing tidak bergigi yang sekali disepak, boleh koma tujuh lapan minggu!

Nampaknya, PAS terpaksa bermain kembali dengan ajaran retorik agama bagi mengumpulkan semula kekuatan dan keberanian mereka yang berada di tapak kaki Lim Guan Eng/Lim Kit Siang!

 KREDIT –wayang-saja-maaa-e1411993103843Hero Tua

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s