JOM PELUK 10 SAAT

on

17dunsa.transformed_1.jpg

KUALA LUMPUR: Pasangan berkahwin perlu mengamalkan resipi ‘peluk 10 saat’ dalam usaha mengekalkan kesejahteraan rumah tangga.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati lebih satu pertiga perkahwinan pertama berakhir dengan perceraian dalam tempoh lima tahun pertama.

Katanya, masalah yang semakin meruncing dalam kalangan generasi muda berpunca daripada pelbagai faktor luaran dan dalaman, sekali gus mencetuskan kebimbangan pengukuhan institusi rumah tangga di Malaysia.

“Satu perkara yang kita tekankan adalah pelukan 10 saat mesti ada untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.

“Kalau dulu mula bercinta selalu ingin bersama, malah perasaan ‘berbunga’ itu terbawa-bawa hingga alam baharu berkahwin sampai kalau boleh tidak mahu berpisah.

“Masing-masing asyik ‘melekat’ macam belangkas setiap masa, namun apabila usia perkahwinan sudah menjangkau bertahun-tahun, mereka sudah lupa nak berpelukan.

7d88d060-2386-45d6-a859-0255b673e7a6.transformed

“Jadi, jomlah peluk pasangan masing-masing dan anak-anak untuk 10 saat kerana teknik ini berupaya mengukuhkan institusi kekeluargaan,” katanya.

Persoalan mengenai isu rumah tangga dalam kalangan generasi muda yang berdepan masalah untuk menempuh budaya dan persekitaran baharu di alam perkahwinan.

Azizah berkata, program pasca perkahwinan anjuran kementerian dengan kerjasama pelbagai pihak, termasuk LPPKN itu wajar disertai pasangan berkahwin yang berdepan konflik.

“Ini dapat membantu mengukuhkan dan memberi nafas baharu institusi kekeluargaan yang mungkin terjejas kerana pelbagai faktor.

“Statistik juga menunjukkan perceraian dalam kalangan generasi muda, khususnya lelaki berlaku angkara campur tangan ibu mentua.

“Oleh itu, nasihat menerusi sesi kaunseling berupaya mengatasi penularan masalah ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s