PKR NAFI BERSETUJU MELANTIK PENGERUSI PPBM..

mahathir-ppbm-1.jpg

KUALA LUMPUR – Ternyata PKR tetap menafikan bahawa parti itu bersetuju untuk melantik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

 

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, berita yang dikeluarkan portal The Malaysian Insight bahawa keputusan itu dibuat malam semalam ketika mesyuarat Biro Politik PKR berlangsung adalah tidak tepat.

“Maaf tapi berita @msianinsight mengenai mesyuarat Biro Politik tidak tepat. Perbinca­ngan masih berjalan. Pengumuman rasmi (akan dibuat) dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakat­an Harapan,” katanya menerusi Twitter .

Menerusi laporan The Malaysian Insight bertajuk ‘PKR akhir­nya setuju Dr. Mahathir ketuai PH’, sumber memberitahu portal itu bahawa keputusan tersebut dicapai semasa mesyuarat Biro Politik PKR semalam

 Laporan tersebut menyatakan sumber Biro Politik PKR memberitahu, mereka bersetuju bekas Perdana Menteri itu mengetuai gabungan pembangkang itu agar lebih kukuh untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

 

Sumber sama mendedahkan bahawa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng; Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi Timbalan Presiden Pakatan Harapan.

Sebelum ini, Guan Eng telah memaklumkan DAP menolak sama sekali hasrat PPBM mahu mendominasi jawatan Pengerusi dan Presiden Pakatan Harapan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: