Kerajaan Perlis Disaran Pulihkan Ladang Anggur.

on

tempat-menarik-di-perlis-mKANGAR,  (Bernama) — Kerajaan Perlis disaran memulihkan ladang anggur di Sungai Batu Pahat, di sini yang dilihat terbiar atau menggantikannya dengan tanaman lain yang berpotensi.

Yang Dipertua Persatuan Melayu Perlis (Pemanis), Datuk Mohd Zain Hamzah berkata kedudukan ladang anggur berhampiran Taman Ular dan Reptilia serta Kelab Golf Perlis yang merupakan tempat tumpuan pelancong itu, memberi gambaran negatif terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata Pemanis agak dukacita melihatkan taman anggur itu dipenuhi semak samun dan mesyuarat agung persatuan itu baru-baru ini membangkitkan isu tersebut untuk dijadikan usul bagi menarik perhatian kerajaan negeri.

Kementerian Pelancongan memperuntukkan wang yang banyak bagi menjadikan ladang anggur itu tumpuan pelancong lebih 10 tahun lepas, katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

“Kerajaan negeri perlu membuat keputusan segera daripada membiarkan ladang anggur ini ‘merosakkan’ mata memandang,” kata Mohd Zain sambil menyarankan program gotong-royong diadakan pada hujung minggu untuk membersihkan ladang tersebut.

Mohd Zain berkata ladang anggur itu boleh dikekalkan namun perlu dipulihkan terlebih dahulu kerana Perlis kekurangan produk pelancongan yang menarik.

— BERNAMA

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s