AHLI UMNO TIDAK PERLU TAKUT DI TUDUH RASIS

on

 Di sarankan kepada semua ahli  UMNO tidak perlu gusar atau bimbang dilabel sebagai rasis memandangkan sejarah telah membuktikan bahawa apabila parti teras orang Melayu itu kukuh semua kaum di negara ini akan menerima nikmat nya..Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Hasan Malek Ahli Majlis Tertingg, UMNO  sebagai berkata UMNO bukan Parti rasis, sebaliknya parti itu sedia berkongsi kuasa dengan kaum-kaum lain menerusi MCA, MIC serta parti-parti komponen lain.

Kerjasama ini perlu lah  diterus dan diperkukuhkan walaupun pihak pembangkang cuba meniru model Barisan Nasional (BN) tetapi ternyata mereka gagal sejak dari zaman dulu lagi.Maka usahlah bimbang jika dituduh sebagai rasis, kerana hakikatnya sejarah politik negara telah membuktikan bahawa semua kaum di negara ini akan mendapat nikmatnya apabila UMNO kukuh.Terbukti jelas apa yang terbentang di depan mata rakyat kini adalah hasil usaha UMNO dan BARISAN NASIONAL.

Datuk Seri  Hasan Malek  yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menegaskan bahawa usaha mempertahankan kerajaan BARISAN NASIONAL  pada pilihan raya umum akan datang bergantung sepenuhnya kepada perpaduan dalam kalangan pemimpin serta ahli UMNO dan memperkukuhkan Parti demi  kesinambungan dimasa akan datang ketika ucapan beliau semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Serai  yang turut hadir Ketua UMNO Bagan Serai Datuk Sham Mat Sahat.

Situasi politik semasa tidak mengizinkan wujudnya perbalahan atau krisis politik sesama ahli memandangkan pihak pembangkang hanya menanti ruang dan peluang untuk menumbangkan kerajaan BARISAN NASIONAL serta  jangan ada di kalangan ahli UMNO yang menjadi ‘musuh dalam selimut’ atau ‘gunting dalam lipatan’ dengan melakukan tindakan yang boleh merosakkan parti UMNO  serta wajib mengukuhkan perpaduan sesama ahli dan meningkatkan gerak kerja parti agar mendapat keyakinan rakyat untuk terus menyokong UMNO.

Tanpa perpaduan sudah pasti membawa malapetaka  kepada parti dan juga  ahli parti harus ingat  bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 lebih mencabar kerana pihak pembangkang sedang mencari peluang untuk meraih simpati serta sokongan  rakyat  serta  mempolitikkan apa juga isu  untuk menjatuhkan kerajaan yang di pilih rakyat .Beliau menasihatkan supaya rakyat semua bersatu yang mana sudah pasti pembangkang tidak dapat menumpaskan atau menumbangkan BARISAN NASIONAL dan mencatatkan kegemilangan kepada pentadbiran negara…….fatimahsu/utaranewspo_11.1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s