RANCANG BINA PROJEK LENCONGAN BARU

on

PADANG BESAR – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mempunyai rancangan membina Projek Lencongan Banjir Timur Timah Tasoh dengan pertimbangan melaksanakannya dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-II).

Menterinya, Datuk Seri G Palanivel berkata, perancangan pembinaan projek berkenaan selepas Projek Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh dijangka siap pada 2016.

Katanya, kementerian akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengadakan satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya projek itu menjadi sebahagian peruntukkan dalam RMK-11.

“Projek Lencongan Banjir Timur ini dijangka memerlukan perbelanjaan tambahan lebih RM100 juta selepas projek menaik taraf empangan tersebut menelan belanja sebanyak RM275 juta.

“Fungsi projek ini sama seperti Projek Lencongan Banjir Barat, cuma ia perlu dilaksanakan apabila projek naik taraf ini siap,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Tebatan Banjir Empangan Timah Tasoh, Padang Besar di sini, semalam.

Terdahulu Palanivel diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man serta melawat Projek Lencongan Banjir Barat di Kampung Wai, Kuala Perlis.

Palanivel berkata, terowong sepanjang 750 meter itu akan dibina merentasi Bukit Tebing Tinggi bagi mengelak penempatan penduduk di sekitar Kuala Perlis dipindahkan.

Jelasnya, selepas siapnya projek berkenaan, air limpahan Empangan Timah Tasoh tidak lagi akan dialirkan melalui Sungai Korok sehingga menyebabkan berlakunya banjir, ia akan disalur ke terusan khas yang mengalir terus ke laut.

“Begitu juga dengan Projek Lencongan Banjir Timur, ia sangat bersesuaian untuk dilaksanakan apabila takungan sumber air Timah Tasoh ditingkatkan daripada 33 juta meter padu kepada 87 juta meter padu.

“Ia sekali gus dapat menampung permintaan air domestik dan pengairan khususnya untuk kegunaan tanaman padi di Perlis,” katanya.

Di Perlis terdapat satu lagi projek lencongan banjir iaitu Projek Lencongan Banjir Barat.

Kemajuan fizikal Projek Lencongan Banjir Barat telah siap 50 peratus dengan kos sebanyak RM310 juta sejak 2012.

Sementara itu, Azlan berkata selain memberi manfaat untuk kegunaan harian penduduk negeri Perlis, projek tersebut juga akan memberi kesan positif kepada perkembangan sukan air di Perlis.

KREDIT SINARimage (1)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: