INI BARU MENTADBIR NEGERI DAH PUN DI KATAKAN LEMBAB..

on

azmin-ali-2-320x244

SHAH ALAM – Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali telah  dikritik Adun DAP yang mempertikaikan pentadbirannya yang lembap perlahan berikutan kegagalannya menjawab soalan berhubung gaji, elaun khas, keraian, bonus serta ganjaran untuk kakitangan atasan di syarikat berkaitan kerajaan negeri GLCdi Selangor.

Sehubungan itu menurutnya, Adun Kampung Tunku, Lau Weng San dan Adun Kinrara, Ng Sze Han sekadar mahukan penjelasan daripada pihaknya mengenai perkara itu.

“Mereka hanya mohon penjelasan lebih terperinci berhubung soalan yang dikemukakan.

“Rentetan dari  masalah itu beliau telah memanggil Pegawai Kewangan Negeri semalam supaya semak dan teliti semua soalan yang ditanya.

“Beliau merasakan dia perlu maklumat tambahan, jadi saya minta Pegawai Kewangan Negeri meneliti semula soalan dan kemukakan maklumat,” katanya.

Didalam kenyataan Weng San dan Sze Han kelmarin yang mengkritik kelewatan dan ketelusan pentadbirannya  dalam memberikan maklumat berkaitan gaji kakitangan atasan yang diterima GLC.

Mereka turut  membandingkan  pentadbiran Selangor di bawah mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang lebih cekap berbanding Mohamed Azmin kerana setiap jawapan diajukan wakil rakyat akan dibalas dengan segera.

Sementara itu, Weng San menafikan kenyataan dibuatnya pada 18 Mei lalu mempunyai kaitan dengan DAP.

Walau bagaimana pun pihaknya terkejut dengan laporan sebuah portal yang bertajuk ‘DAP akui pentadbiran Khalid Ibrahim lebih cekap’ pada 19 Mei lalu.

“Justeru iru saya pernah membangkitkan perkara yang hampir sama dalam sidang Dun pada Mac 2012 dan jawapan yang saya terima pada masa itu adalah lebih lengkap.

“Namun begitu, perkataan ‘lengkap’ tidak boleh disama ertikan dengan maksud atau perkataan ‘cekap’ dan saya tidak maksudkan pentadbiran Abdul Khalid lebih cekap hanya kerana jawapannya lebih lengkap,” katanya .

Ketika di hubungi Mohamed Azmin yang memaklumkan sudah mengarahkan Pegawai Kewangan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk percepatkan pemprosesan maklumat berkenaan.

“Dari rentetan itu saya juga mohon maaf kesilapan ini menyebabkan berlakunya perselisihan faham dan saya kesal dengan kesilapan laporan itu,” katanya.

Leave a comment