PRK ROMPIN-BELUM MASUK GELANGGANG PAS DAH MENGAKU KALAH

on

KOTA BHARU – Belum masuk gelanggang  Pas dah mengakui  kesukaran untuk merampas kerusi Parlimen Rompin yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 5 Mei ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah sebagai berkata, pihaknya terpaksa mengakui hakikat tersebut selepas tewas teruk dengan majoriti besar diperoleh BN di kawasan Parlimen itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

“ Dalam kenyataan nya beliau berkata bahawa PAS kena realistik, mungkin sukar  kerana kekalahan yang begitu banyak dan terlalu sukar untuk menang dengan lebih 15,000 undi. Saya yakin kali ini BN pasti akan turun dengan sepenuh kekuatan untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

“Walau bagaimanapun PAS akan guna ruang yang ada untuk mendekati dan sampaikan mesej kepada masyarakat. Sekurang-kurangnya untuk pertahankan undi yang ada. Itu sudah baik tetapi kalau kena kepada cara kempen, tidak mustahil undi akan bertambah,” katanya selepas merasmikan Festival Wayang Kulit Antarabangsa di Muzium Kelantan di sini malam tadi.

PRK Parlimen Rompin bakal  diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

Allahyarham Jamaludin menjadi Ahli Parlimen kawasan itu selama enam penggal sejak 1990 dan dalam PRU-13, beliau menewaskan Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 5 Mei ini sebagai hari mengundi manakala penamaan calon diadakan pada 22 April ini.

Sejajar dengan itu Nik Mohd. Amar  turut memberitahu Pas masih belum memutuskan sama ada isu hudud akan dibawa sepanjang tempoh berkempen pada PRK Parlimen Rompin.

images (2)

Leave a comment